
"Mama asked you something in Facebook." beritahu Nur semasa makan makan tengahari tadi. Terus gua celapak ke bilik nak buka pc. Celaka, gua terkena dengan Nur lagi. Dua hari berturut-turut. Tak apa, nanti gua kenakan dia balik. Ada stompbox berbalut riben di atas meja.
Gua keluar dari bilik dengan Epiphone Les Paul Studio gua. Dekat ruang tamu ada orang tengah senyum. Pipi gebu, bajet comel.
"Awak ni mengigau ka apa? Tidoq sambil senyum." gua tanya secara sinis.
Habis flyer-flyer dan bantal-bantal berterbangan ke arah gua. 1-1. Kan gua sudah cakap tadi, gua akan kenakan dia balik, kah kah kah.
Tanpa membuang masa, terus gua petik lagu Spin - Mengusung Rindu versi metal. Untuk pengetahuan lu orang, memainkan lagu-lagu dari kumpulan Spring, Spoon, Spin dan Slam menggunakan Behringer Ultra Metal adalah tidak salah dari segi undang-undang Malaysia mahupun undang-undang antarabangsa. Akan tetapi perkara ini amat jarang dibuat orang. Cuma lagu Negaraku saja gua tak berani buat. Kang tak pasal-pasal makan nasi lauk garam dalam balai.
Keadaan ini samalah seperti kedai mamak yang menjual hidangan tomyam ayam mahupun tomyam udang. Sesungguhnya, gua pun tak pernah order tomyam di kedai mamak. Pelik bunyinya.


0 pendapatan:
Post a Comment