2010-12-30

Dark December

Gua menikmati kek cokelat ais Chocolate Mill, Daylesford. Lama gua tunggu Willy Wonka, haram tak keluar dari pejabat pun asyik main Facebook.

*

Bukan cokelat Nestle sahaja yang ada 'dark' 70%, bulan Disember pun ada 'dark'nya juga. Siap kuasa dua lagi.

Disember 2002
Gua sedang menghabiskan cuti selama 14 hari di kampung. Ada dua berita sedih. Yang pertama, lecturer gua meninggal dunia dalam sebuah kemalangan. Yang kedua pula, gua berpisah dengan Beruang Chomel setelah tiga tahun bersama. Baru gua faham apa itu maksud makan tak lalu, tidur tak lena, hisap rokok tak keluar asap, berak tak cirit.

Bahu mak gua juga jadi mangsa. Sia-sia cuti gua.


Disember 2008
Kesilapan doktor menganalisa simtom-simtom penyakit Nur sebelum ini. Kanser.

Lagi sekali bahu mak gua menjadi mangsa.

1 pendapatan:

gorie said...

mmm nyum nyum

Subscribe


RSS Feed


Powered By

Powered by Blogger