"Yaaah!" Alia bersuara dan tarik telinga gua sambil tunjuk ke satu gerai. Wanita berusia 60-an sedang menjual anak-anak kucing.


"Lia suka yang mana? Yang putih tu?" tanya gua.
Geleng kepala Alia. "Naaa." Tunjuk Alia pada kucing Tabby kacuk itu. "Naa."
Gua dan Nur tersenyum campur hiba.

Kucing gua, Nanako atau panggilan manja, Nana. Suka bermanja dengan Alia. Dengan gua selalu dia gigit-gigit tangan. Nak manja pun bila gua baru balik kerja, terus lari menerpa ke arah gua sebaik gua buka pintu. Gua kena bagi makan petang, kalau Nur bagi dia tak mahu pula. Mengada.
Nana pun sudah tiada. Kucing yang gua jumpa tepi jalan semasa pulang dari kerja dalam hujan lebat. Gua letak dalam poket kemeja dalam perjalanan pulang. Besar tapak tangan gua saja masa itu.Sejak hari itu, rumah gua berbau najis kucing.


0 pendapatan:
Post a Comment